10 February 2012

Hobi Saya Ialah Menyeksa Diri Sendiri - Part 2

Doc DI juga menambah, proses buat dental implant ni bukan ambil masa sehari. Ianya melibatkan beberapa appointment dan procedures. What she's is going to do first is to take a 3D X-ray of my jaw untuk menentukan kedudukan sebenar my sinus membrane (especially untuk rahang atas). Dalam tempoh dua minggu ni dia akan call aku untuk bagi tau di mana nak refer case aku ni memandangkan klinik aku non ado 3D X-ray ni. Kalau adapun kat sepital. Ini adalah penting supaya masa surgery nanti, tak adalah mengganggu bendalah ni. Sekiranya sinus membrane ni TERusik (perforated, bocor - it can be fix), maka long term effectnya adalah seperti sinusitis. Itulah yang aku paham from what she explained.

Lepas X-ray, barulah dia boleh plan implant placement etc., then proceed bubuh implant on my upper jaw dahulu yang akan memakan MANY MANY MONTHS. Prosedur yang diterangkan mengikut pemahaman aku ialah:

  1. Make an incision drill a holeinsert implant then wait until jaw bone fuse dengan implant. Ini kira jadi macam akar gigi. Stitch. Ianya ambil masa berbulan-bulan, depending on how fast your body can heal itself. Masa-masa macam ni lah aku desperate ada self healing power macam Wolverine.
  2. Then cut open again, drill in titanium screw. Stitch lagi. Again tunggu sebulan dua.
  3. Pastu buat dental impression untuk crowning. Kalau tak silap tunggu seminggu, dua.
  4. Bubuh crowning

Then REPEAT the whole process for the other gap!!!


This is to illustrate the process of uprighting my molar and dental implant courtesy of youtube. Again, posisi gigi senget secara kebetulan sama.

Aku tanya DI kalau surgery tu dibuat under general anesthesia (trying my luck). She said no, it would be local anesthesia. *Sila insert muka ketakutan disini*. Aiyooo!!! 4 atau 6 kali surgey under local. Great. I mean, kalau cabut gigi pun dah macam gila-gila sakit, inikan pula if they drill a hole on my JAW?

Aku tak tau if I'm mentally strong or capable to withstand the pain. Laki aku kata I CAN sebab aku tahan sakit. Ish, dia tak tau itu cuma lakonan semata-mata. Aku tak mau dia stress kalau aku menggelupur kesakitan. Boleh tak mintak sleeping pill tiap kali lepas surgery supaya 4,5 hari lepas tu kerja aku tidur je?

Last but not least, payment. I thought aku kena bayar lump sum before surgery. Mujur doktor kata payment can be made staggeredly. Oklah, tak terasa pening atau sakit hati sangat parting with the moolah.

*p/s: Kalau explanation aku berkenaan implant procedure inaccurate, minta maaf. Kalau nak share anything related to this topic adalah sangat dialu-alukan :)

08 February 2012

Hobi Saya Ialah Menyeksa Diri Sendiri - Part 1

Omputeh kata "don't count your chickens before they are hatched". Last month I did just that dan akibatnya aku frust/takut/risau sendirik.

Kisahnya macam ni, hujung bulan lepas aku pi klinik trim wire yang telah membuat mulut aku luka sampai jadi ulcer. Ini adalah kali kedua potong wire dalam tempoh 2 minggu. Kiranya, gigi aku telah berubah posisi dalam kadar yang agak cepat. Oleh itu, makin confidentlah jugak bahawasanya gigi makcik akan togel by March (seperti yang telah diwara-warakan entah berapa ratus kali sebelum ni).

Masa trim wire tu, tuan doktor tanya kalau aku dah decide samada nak guna kaedah bridge atau dental implant untuk isi ruang 2 ruang kosong on my teeth (one each on my upper and lower jaw).

Aku kata nak bubuh bridge saja sebab tak melibatkan minor surgery macam dental implant. Doktor R kata dia lebih menggalakkan implant sebab kalau nak bubuh bridge, aku terpaksa korbankan 2 molar yang sihat (no cavities whatsoever), bukan atas sebab nak untung. Sayang katanya. Sebenarnya aku pun terfikir begitu, tapi it will cost me and arm an a leg untuk sebijik. Inikan lagi dua bijik! Boleh pengsan dibuatnya *_*


Animation di atas is to illustrate apa kejadahnya bridges ni. Lebih kurang dengan kes aku.

Kalau beli benda lain, at least nampaklah jugak apa yang dibeli. Kalau beli implant, apa yang aku nampak? I have no other choice but to suck it up and move forward. Kalau biar ruang tu kosong, sia-sialah usaha pakai braces sebab once bracket tanggal, gigi akan cenderung untuk berubah ke posisi asal. So back to square one a.k.a buang karan. Ni dah dekat penghujung treatment ni, terpaksalah pasrah je. Tukang bayar pun kenalah buat-buat pasrah jugak gamaknya. Rasa guilty sebab menyusahkan laki aku jangan cakaplah walaupun dia kata aku ni tak pernah membebankan dia. Walaupun laki sendiri, iols tetap segan. End of discussion.

Anyway, doktor buat another appointment last week with an implantologist supaya diorang dapat bersama-sama membuat assesment apa yang patut dibuat dengan gigiku ini. Can't remember her name but she was soft spoken and extremely gentle like the rest of the doctors at Whitesmile. Let's just call her DI (Doc. Implantologist).

Setelah DI meneliti my jaw, dia pun memberi saranan yang sama dengan Dr. R. Dental implant is the best way to go but theres is a catch, I have to upright one molar first. Maksudnya, geraham aku tu condong macam Leaning Tower of Pisa. Jadi adalah tidak afdal untuk membubuh implant di situ di samping ruang yang tidak mencukupi. Lagi satu, implant untuk rahang atas tak boleh proceed selagi tak ambik 3D X-ray.

Dr. R kata dia boleh start upright the molar hari tu jugak. Tapi proses menegakkan sebiji geraham senget itu akan memakan masa between "4 to 16 weeks", katanya. Bermakna I will be on braces for another god knows how long because... akan disambung di entry seterusnya sebab panjang sangat.